HARAP SEIRINGLAH DENGAN IMEJ BARU

by - Friday, January 16, 2015

"Kami adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia, seumpama gam yang menyatukan dan pada masa sama membuka peluang-peluang baharu untuk masa depan.

"Kami mahu mempamerkan identiti yang bersepadu bagi seluruh segmen perniagaan kami yang berbeza. Perubahan ini membuktikan usaha berterusan untuk memastikan perniagaan kami berpaksikan kepada para pelanggan dan menjadi pusat tumpuan dalam segala yang kami lakukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Iskandar Mizal Mahmood - mstar



POS Malaysia dah berwajah baru dan kat atas tu petikan dari portal mstar.

Ok since dah berwajah baru,harap sangat lah perkhidmatan pun sama ditingkatkan terutamanya POS LAJU.

Bukan aku saja malah rasanya ramai lagi yang ada diluar sana pun harapkan benda yang sama mengharapkan POS LAJU yang benar-benar laju.

Sebabnya sebelum ni walaupun tak semua ramai yang merungut barang dapat lambat dan yang menjadi mangsa kerapnya ilah peniaga-peniaga online yang menggunakan perkhidmatan ni.

Ada pelanggan tak peduli walaupun tracking number diberi dan boleh disemak di laman web yang dia mau barang dia sampai dalam tempoh yang dijanjikan.

So agak-agak POS Laju berani tak nak implement konsep macam fast food delivery, gagal delivery dalam tempoh yang ditetapkan customer akan dapat token atau rebat?

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998