HARAP PIHAK BERKUASA BACA BUKU INI

by - Monday, January 19, 2015

Stigma sesetengah masyarakat bahawa kecuaian penunggang motosikal menyebabkan kemalangan perlu diubah, kata penulis bebas yang juga penunggang motosikal berpengalaman, Ibni Khalid Jurait.

Ibni Khalid berkata, 80 peratus daripada 44 punca kemalangan maut motosikal bukan disebabkan penunggang sebaliknya, pemandu kenderaan lain yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan maut itu.

Katanya, melalui pengalaman menunggang pelbagai jenis motosikal sejak 30 tahun lalu, beliau melihat masih ramai pengguna jalan raya yang tidak ambil peduli dengan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya.

Bagaimanapun beliau mengakui penunggang motosikal yang masih muda dan bersekolah memerlukan lebih banyak pengalaman pemanduan untuk mengelak berlaku kemalangan jalan raya.

"Pelajar sekolah tidak ada lesen, kalau ada mentah lulus tapi cuai sebab (tiada) pengalaman, tak jangka kemungkinan akan berlaku," katanya di majlis pelancaran buku tulisan beliau yang bertajuk '44 Punca Kemalangan Maut Penunggang Motosikal'.

Penerbitan buku itu diharap menjadi panduan kepada agensi kerajaan terutamanya sebagai bahan sokongan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Antara punca utama yang digariskan dalam buku itu adalah kerana blind spot (titik buta) pemandu kereta, tidak prihatin dengan papan tanda, memandu laju dan memotong di laluan kiri.

Tuga ribu buah buku tersebut diedarkan di pasaran dengan sasarannya golongan muda terutamanya pelajar sekolah.- awani


Salam...

Ramai yang  kecoh kat media sosial pasal isu operasi yang akan diadakan oleh pihak Polis. Masuk lah kat FB hampir ke semua group permotoran ada posting nih.

Bermacam komen yang diterima dan dah pasti bukan sesuatu yang positif bagi pandangan pihak berkuasa.

Dan bagi aku sendiri, akta yang berkaitan dengan Jalanraya sekarang ni sepatutnya kena review balik selari dengan perkembangan semasa dan pembaharuan teknologi.

Jika masih mengira pakai Akta 1987,bagi aku sendiri dah agak ketinggalan zaman sepenuhnya. Baik untuk kereta,motor,lori mahupun apa saja kenderaan yang dikaitkan bawah akta nih.

Kalau dalam masa sehari teknologi boleh berubah,inikan pula hampir 28 tahun akta tu digunapakai.

Tapi siapalah aku suara kecil yang tidak mungkin didengari. Apa pun aku yakin ramai yang ada diluar sana pasti bersetuju dengan aku....
  

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998