DATUK AHMAD MASLAN DITIPU?

by - Wednesday, January 14, 2015

Salam...

Ini bukan entri politik ok.... tapi disebabkan entri aku semalam pasal BR1M ramai pulak yang tanya lepas tengok berita dan baca paper.


Ok bagi aku, Datuk Ahmad Maslan ada alasan dia tersendiri kenapa dia masih kata yang pembayaran BR1M hanya akan dibayaq mulai 15hb ni...

Kalau Datuk Ahmad Maslan ni dari kementerian kesihatan ataupun kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat aku tak heran sangat...tapi dia dari kementerian kewangan dan ini amat merisaukan aku.

Kalau dia sendiri tak tahu yang BR1M dah masuk ke akaun penerima awal dari tarikh yang dia sebutkan...means that sama ada dia tak amik tahu atau dia tidak diberitahu mengenainya.

Mana pergi pegawai khas atau para penasihat dia semua pi..?? 

Dah bersepah printscreen pasal BR1M dah masuk ke akaun baik di facebook,blog dan media sosial yang lain.

Aku bukan apa...ramai yang bersyukur terima bantuannya itu sudah pasti cuma yang aku risau kalau perkara sebegini pun Timbalan Menteri Kewangan tak dapat updates yang betul...agak-agaknya camna la pihak kementerian tuh menguruskan "kewangan negara" kan...




You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998