DAH DAPAT BR1M?

by - Friday, January 16, 2015

Menurut Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus, operasi berkenaan akan memfokuskan kepada pengubahsuaian dan pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata pengubahsuaian yang dimaksudkan ialah seperti pengubahsuaian pada enjin, menukar blok enjin, kaburator, tayar nipis/kecil (tayar sotong), ekzos.

"Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain dan juga menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan", ujar beliau lagi.PDRM


Kalau dilihat dari sudut politik, aku pasti ramai yang akan kata kerajaan dah kehabisan dana selepas pembayaran BR1M, selepas bencana banjir pantai timur,isu hutang 1MDB dan sebagainya.

Dan 100% aku yakin memang ini akan dipolitikkan mulai hari ini,sama seperti Operasi JPJ yang diberhentikan hujung tahun lepas.

 Tetapi kenapa motosikal yang menjadi "target" dalam operasi nih, mudah saja bagi aku...contohnya buat sekatan kat plaza tol lorong motor dari pagi sampai ke malam pun dah beribu motor yang boleh ditahan.

Kita ambil yang mudah dah le...Jambatan Pulau Pinang, time waktu puncak pagi masa orang nak pi kerja beribu motorsikal yang lalu so kalau dalam 1000 yang lalu dapat 100 yang boleh dikira melakukan kesalahan ... dah berapa saman yang dapat dikumpulkan.

Jadi bab ilmu hisap bab matematik dan perkiraan nih rasanya pepandai hangpa lah congak...

Cumanya bagi aku sendiri,sama seperti operasi tinted dan nombor plat JPJ tempohari agak tidak adil untuk menyaman pengguna kalau barang yang diniagakan "halal" untuk dijual di pasaran....tak gitu

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998