BERNIAGA BIAR BERETIKA,PERSAINGAN BIAR SIHAT

by - Thursday, January 22, 2015

Salam...

Kalau sesiapa yang follow blog aku nih (kalau ada lah kan..) atau sesiapa yang terjengah kat sini mesti akan terjumpa entri pasal L'arome.

Ok aku memang ada buat secara sampingan bisnes ni dan alhamdullilah dah merasa beberapa kali dapat bonus yang cukup lumayan jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan aku setiap tahun.

Tapi entri kali nih bukan pasal bisnes aku ni atau income aku tapi lebih kepada etika dan persaingan golongan yang juga menjual L'arome ni juga.

Ramai yang tahu L'arome memang hot dipasaran dan ramai juga yang tahu (walaupun masih ramai lagi yang tak mau rebut peluang ini) L'arome dan BOB2e lubuk untuk jana pendapatan yang lumayan.


Jadi bila dah nampak peluang maka ramai lah yang gelap mata nak kaya cepat. So etika perniagaan semua ditolak ketepi janji boleh untung cepat sendiri. Mulalah ramai yang mainkan harga pasaran demi nak dapat keuntungan yang banyak.


Secara logiknya L'arome dijual dengan kos sebanyak RM96.25 sebotol, itu pun jika kita beli satu set bernilai RM385.00 ditambah dengan keahlian percuma seumur hidup.


Tapi bagi peniaga yang tidak beretika dan bersaing secara jijik ni,semua tu sanggup diketepikan asalkan dia dapat keuntungan bonus yang dibayar syarikat.

Ye lah siapa berniaga yang tak nak untungkan... tapi disebabkan cara perniagaan yang jijik macam nih lah, ramai dealer yang sah akan terpalit sama kalau peniaga jijik macam nih buat "taik".

Aku selalu pegang yang ini dalam...
"REZEKI DIKONGSI BERSAMA,
BIAR SEDIKIT ASAL BERTERUSAN"

 Tapi kepada peniaga-peniaga yang macam ni kena lah ingat, "MATA-MATA" sentiasa ada dimana-mana. Leaders BOB2e dan CEO BOB2e +Zelmey Yusof  pun ada akaun dimedia sosial macam kita...so cepat atau lambat pasti tindakan akan diambil jadi berhati-hatilah ye...

Jangan kerana nak kejar bonus kita lupa etika perniagaan.
Kerana nak kejar kekayaan,halal haram kita main redah saja

 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998