2015 PETROL TURUN...HARGA BARANG BILA AGAKNYA

by - Thursday, January 01, 2015

Salam...

Wah dah berada ditahun baru rupanya kita semuakan. Dan ditahun baru ini juga, ini merupakan entri pertama kat blog yang tak seberapa nih.


Ya 2015 ada yang naik dan ada yang turun. Yang pasti berita penurunan harga petrol menjelang pukul 12 tengah malam semalam merupakan satu berita baik untuk kita.

Aku sanggup tunggu pagi ni untuk isi petrol, tapi masih lagi berkira-kira nak isi yang hijau ataupun yang kuning. 

Sampai kat Petron tadi pagi hulur duit kat kaunter ringgan ja tangan capai nozzle hijau maklumlah harga lebih kurang sama macam yang kuning sebelum nih. 

So mulai pagi tadi aku decide untuk guna yang hijau buat masa sekarang.

Diharap juga harga-harga barangan dipasaran akan ikut turun selari dengan penurunan harga petrol dan diesel...tapi aku pasti ini mungkin tidak akan terjadi (tapi kalau nak naikkan mesti cepat).

Juga ternanti-nanti jawapan dari Pelita Nasi Kandar awat yang harga naik sekupang....masih lagi tiada jawapan

p/s: gambar ihsan cik google




You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998