TAHNIAH THT TAPI MALANG BUAT PARA PEMINAT HOKI

by - Monday, December 15, 2014

Semalam Liga Hoki Malaysia 2014 melabuhkan tirainya dimana pasukan THT berjaya menewaskan pasukan KLHC pada perlawanan akhir.


Manakala pasukan TNB ditempat ketiga selepas menewaskan Maybank dalam penalti shootout.

Tahniah kepada yang berjaya...tetapi malang bagi peminat hoki terutama yang jauh,yang ingin melihat perlawanan akhir semalam dan lebih malang lagi kalau dirumah peminat macam aku tidak mempunyai ASTRO.

Ya...hoki sukan peringkat dunia,sukan yang layak ke kejohanan Piala Dunia,sukan yang beraksi di kejohanan-kejohanan besar dunia dengan ranking pasukan yang agak baik tetapi tidak mendapat liputan langsung dikaca tv kecuali Astro.

Malah dalam segmen berita tidak sedikit pun diselit mengenai perlawanan akhir semalam. 

Itu lah nasib peminat hoki di Malaysia...sukan bertaraf dunia sebegini dianaktirikan...

 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998