NAJIB BERSANTAI MAIN GOLF?

by - Friday, December 26, 2014

Wow...Najib memang hebat, dijemput oleh Obama untuk bersama bermain golf.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diundang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Padang Golf  Klippers Kanehoe di Pangkalan Marin, kepulauan Hawaii, Rabu.

The Washington Post pada Khamis melaporkan, Najib antara empat orang termasuk petugas Rumah Putih, Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama ketika pemimpin nombor satu kuasa besar dunia itu sedang bercuti bersama keluarganya.

Tahun lalu, Obama bermain golf bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key.

Dilaporkan juga jemputan itu bagi mengukuhkan hubungan kerja yang lebih baik dengan Najib, selepas mengadakan lawatan julung-julung kali ke Malaysia pada April lalu.

Kemungkinan juga, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam berhuung dasar luar untuk manfaat kedua-dua negara.

Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkan menyebut: "Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk berbincang bagi mengukuhkan hubungan antara Amerika dan Malaysia.

"Presiden juga berharap dapat terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Najib pada 2015, semasa Malaysia mempengerusikan Asean."

Sepanjang sesi riadah itu, wakil media turut dibenarkan menghampiri lubang ke-18 dimana kedua-dua pemimpin itu dilihat melepasi sasaran ketika melakukan pukulan masing-masing.

Kemesraan keduanya jelas kelihatan apabila Obama menepuk bahu Najib seolah-olah menenangkan Perdana Menteri Malaysia itu.-mstar

Tapi Najib mungkin lebih hebat jika dia menolak perlawaan Obama dan terus berada di Malaysia untuk bersama-sama rakyat disini untuk menghadapi bencana banjir antara yang terburuk di Malaysia.

Entah lah...maybe Najib ada alasan tersendiri yang menyebabkan dia terpaksa tinggalkan Malaysia,tinggalkan rakyat yang memberi undi kepada dia untuk menerajui negara kerana ingin bersama Obama yang bercuti...

Lagipun Najib kan PM Malaysia...PM kita...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998