DI MANA MEDIA MALAYSIA KETIKA BANJIR?

by - Saturday, December 27, 2014

Banjir yang melanda Malaysia ketika ini boleh dikatakan antara yang terburuk pernah terjadi. Boleh dikatakan hampir ke semua negeri dalam Semenanjung ada pusat-pusat pemindahan banjir.

Kenapa aku tanya dimana media Malaysia? Sebab sepanjang pengetahuan aku la,sejak bermulanya tragedi banjir di pantai timur, belum lagi ada live coverage atau lintas langsung yang dibuat (kalau tak silap aku la...kalau silap maafkan aku).


Bukannya apa, bila ada lintas langsung atau live coverage dari masa ke semasa sekurang-kurangnya orang ramai akan dapat info yang sahih dan boleh melihat sendiri usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka-mereka yang sedang bertunkus lumus menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Dengan ini dapat mengurangkan isu-isu yang tidak sepatutnya yang akan diviralkan di media sosial.

Pihak media sepatutnya memberi liputan yang jelas mengenai isu ini tanpa mengira "anutan politik". Tak kan bila menteri turun atau sultan turun semua media berebut-rebut untuk bagi coverage.

Mungkin yang akan kata atas faktor-faktor keselamatan,maka pihak media tidak boleh buat liputan...tapi persoalannya kenapa media Malaysia boleh pula buat liputan di negara-negara bergolak,yang berperang dan sebagainya.

Sekadar contoh...jika MH370 boleh mendapat liputan yang sewajarnya dan dari semasa ke semasa ada sidang medianya untuk memperjelaskan kepada semua KENAPA keadaan semasa banjir sekarang media tidak boleh buat?

Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak dengan apa yang aku perkatakan...atau mungkin akan ada yang kata setakat duduk taip depan pc boleh la sembang.

Tapi cuba renungkan sejenak apa yang aku titipkan kat sini, jika info-info yang tidak sahih atau main copy paste kedalam whatsapp,facebook dan sebagainya tidak kah ini akan menyusahkan pihak-pihak yang sedang berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Dan bagaimana pula perasaan ahli keluarga,sanak saudara dan sahabat handai yang membaca info-info yang disebarkan. Al Fatihah...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998