LAGI PASAL JPJ...abis tu camna

by - Monday, November 10, 2014

Kalau hangpa semua aware, isu macam nih dah viral kat media sosial bila JPJ mula membuat operasi besar-besaran.

OK, pertama sekali aku tidak membantah langsung apa yang dilakukan JPJ terutama sekali tentang penggunaan lampu strobe dan lampu HID ni. Memang penggunaan ini menggangu pemanduan terutamanya di waktu malam.

Tapi yang aku tak boleh terima dan mungkin ramai lagi diluar sana yang bersetuju bila dikaitkan NOMBOR PLAT yang tidak mengikut spec punca kepada berlakunya kemalangan jalanraya.

NO PLAT tidak ada kena mengena langsung dengan punca kemalangan!!! Statistik pun tidak pernah dikeluarkan mengatakan punca kemalangan ialah dari NOMBOR PLAT yang tidak ikut spec.

Mungkin Ketua Pengarah JPJ ini dapat info tanpa melakukan kajian gamaknya ... 
punca kemalangan berlaku atas banyak faktor antaranya sikap pemandu,penyelengaraan,cuaca,permukaan jalan dan bermacam lagi tapi bukan dari NOMBOR PLAT!.

Dan sekarang pula viral di media sosial bila gambar kenderaan Ketua JPJ yang tidak mengikut speksifikasi tersebar...

Malah cabaran juga dibuat oleh Rakyat Marhaen untuk Ketua Pengarah JPJ bertemu dengan beliau telah dibuat melalui entri di facebook

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998