RAYYAN HAIQAL FIRST RIDES FINAL EPISODE

by - Tuesday, October 07, 2014

Ok kita dah masuk final episode, Rayyan Haiqal punya first rides.


Dari Gurney kami ikut Jalan Sultan Ahmad Shah,keluar ikut Citiy Bayview terus ke Penang Road.

Ingat nak lepak kena cucuq udang ngan ayaq sarbat,tapi orang pulak ramai. Nak kena cendol berdiri pun ramai gak orang,sampaikan nak berdiri pun tak dak tempat.

Jadi kansel lepak kat situ, kami ikut arah Komtar,keluar Jalan Ria lalu tepi GAMA masuk Lorong 7 sampai Sungai Pinang.

Dari Sungai Pinang kami masuk dulu Persiaran Karpal Singh singgah AUTO Mall...dan macam biasa la dapatkan bukti bergambar dulu sebelum ke destinasi yang nak dituju tadi.



Kalau ada destinasi seterusnya,pasal apa entri nih final episode?


Sebabnya lepas saja aku ambil gambaq nih battery handphone terus kong... patut la Dato Ac Mizal peram lama Bentley dia tu kut...

Bila tak dak gambar so tak dak la bahan bukti lagi kan...hahaha

Walau macamana pun next stop kami ialah kat Akuarium di Batu Maung, tapi malangnya akuarium tuh tutup dua hari, Ahad dan Isnin. Since dah dekat dengan Jambatan kedua kami rides balik ke Seberang Jaya ikut Jambatan Kedua tuh.

Last sekali aku naik jambatan ni pun drive masa free ride dulu, sepanjang jambatan tuh tak dak motor pun potong kami, sampai hujung aku lepak depan pejabat jambatan tuh,hisap rokok dah separuh baru ada sebijik 125z lalu.

Nasib baik siang,kalau malam pun macam nih memang kompem aku tak naik walau rumah aku ujung jambatan nih sekali pun.

Dari Batu Kawan, kami ikut jalan belakang keluar ikut Bukit Minyak, stop kat Petronas dulu sat minum dan pastu terus hala balik ikut Perda...

So Rayyan punya first rides ni dah cover suku pulau dan suku tanah besaq...

Maybe next time pulak kut nak try cover satu Pulau, tapi kena bawak DSLR la buat ambil bahan bukti

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998