TIGERS AKAN DINILAI

by - Friday, August 01, 2014

Prestasi skuad hoki kebangsaan dalam Sukan Komanwel dan Piala Dunia akan menjadi agenda utama jawatankuasa penilaian yang akan ditubuhkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, jawatankuasa itu bertujuan untuk memastikan skuad kebangsaan dapat memperbaiki kelemahan sebelum beraksi dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini.


"Semua prestasi semasa pasukan sepanjang aksi yang telah dilalui akan dinilai oleh jawatankuasa tersebut termasuk kekalahan kepada pasukan tidak ternama seperti Trinidad & Tobago pada Sukan Komanwel, semalam (kelmarin).

"Banyak perkara yang akan dinilai oleh jawatankuasa tersebut yang kemudiannya akan dibawa ke pengetahuan Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah," kata Nur Azmi.

Jawatankuasa tersebut akan dibarisi oleh individu yang berpengaruh dalam sukan di negara ini seperti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, legenda hoki negara, Datuk R. Yogeswaran dan Datuk Poon Foke Loke.

Sewaktu kempen Piala Dunia 2014 di Belanda, Mei lalu Malaysia hanya mampu menamatkan saingan di tangga tercorot selepas 12 tahun negara tidak turut serta pada kejohanan tersebut.

Pada Sukan Asia kali ini skuad hoki kebangsaan meletakkan sasaran pingat emas bagi mendapatkan slot automatik ke Sukan Olimpik 2014 di Rio, Brazil.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998