SENARAI PELATIH KE SUKAN ASIA

by - Wednesday, August 13, 2014

SEJUMLAH 20 pemain disenaraikan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menjalani latihan pusat bermula esok sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia Incheon 2014 di Korea Selatan yang bermula 19 September ini.

MHC dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, hanya 16 pemain terbaik akan dipilih oleh pengendali baharu skuad hoki negara, Arul Selvaraj ke temasya sukan berkenaan.

Arul yang merupakan Ketua Jurulatih skuad remaja negara dilantik secara sementara oleh MHC ke jawatan tersebut bagi menggantikan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang 'direhatkan' berikutan prestasi hambar skuad negara pada Sukan Komanwel 2014 di Scotland, baru-baru ini.


Malaysia hanya mencatat satu kemenangan pada aksi kumpulan B Sukan Komanwel 2014 iaitu menundukkan Kanada 2-0 manakala kalah tiga lagi perlawanan termasuk diaibkan 2-4 oleh pasukan ranking ke-29 dunia, Trinidad and Tobago.

Skuad negara berdepan misi getir selepas Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan sasaran ke final kepada mereka pada Sukan Asia 2014.

Senarai pelatih hoki yang dipanggil menjalani latihan adalah 
Roslan Jamaluddin
Norhizzat Sumantri
Muhammad Marhan Mohd Jalil
Fitri Saari
Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin
Mohd Shahrun Nabil Abdullah
Mohamad Sukri Abdul Mutalib
Muhammad Firhan Ashaari
Azlan Misron
Nabil Fiqri Mohd Noor
S Kumar
Muhammad Razie Abdul Rahim
Faiz Helmi Jali
Meor Muhammad Azuan Hasan
Muhammad Hafizuddin Othman
Baljit Singh Charun Singh 
Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil
Ahmad Kazamirul Nasruddin
Muhammad Shahril Saabah 
Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998