RAYUAN MHC KEPADA MOM,RANKING KE13 MENJADI SANDARAN

by - Friday, August 15, 2014

 Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) semalam mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk membolehkan status Kategori B pasukan hoki lelaki negara dinaik taraf kepada Kategori A untuk temasya Sukan Asia yang bakal berlangsung di Incheon, Korea Selatan, bulan depan.

Rayuan itu dikemukakan sehari selepas MOM menerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM dipengerusikan Presiden Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar membuat keputusan untuk meletakkan hoki dalam Kategori B kelmarin.


Keputusan itu bermakna, buat kali pertama dalam sejarah, hoki tidak tersenarai dalam Kategori A sekali gus menyebabkan MHC perlu mengeluarkan wang poket sendiri untuk membiayai segala kos di Incheon.

Bagaimanapun Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan, Naib Presiden Kanan MHC Datuk Nur Azmi Ahmad tampil di pejabatnya semalam untuk mengemukakan rayuan itu.

“Pihak MHC memberikan beberapa sebab mengapa hoki wajar diletakkan dalam Kategori A kembali.

“Antaranya skuad negara mempunyai ranking yang baik iaitu berada di kedudukan ke-13 di dunia dan di peringkat Asia, Malaysia antara negara terbaik dalam sukan hoki.

“Kami menerima rayuan ini dan akan membawa isu berkenaan untuk dibincangkan kepada ahli MOM dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, MOM membuat ketetapan untuk meletakkan hoki dalam Kategori B selepas mempamer aksi hambar sejak kebelakangan ini terutamanya di temasya Sukan Komanwel lalu.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998