PERSATUAN HOKI NEGERI TIDUR? @ArenaHoki

by - Wednesday, August 13, 2014

Apa sudah jadi dengan Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang? Adakah barisan kepimpinan hoki negeri sedang enak dibuai mimpi?

Belum nampak sebarang perancangan untuk membangunakan hoki negeri Pualau Pinang. Walaupun Pulau Pinang antara negeri termaju di Malaysia tapi untuk sukan Hoki,Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang termiskin!

Kenapa?

Sedangkan Perlis negeri yang terkecil di dalam Malaysia mempunyai padang astroturf sendiri,tetapi Pulau Pinang masih lagi menagih ehsan dari USM untuk penggunaan padang.

Stadium Hoki di Bertam,sudah pun menjadi satu projek gajah putih dan juga pembaziran untuk sukan ini. Manakala tiada sebarang kejohana liga yang dianjurkan oleh persatuan hoki negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Adakah Persatuan hoki negeri cuma boleh berbangga dengan penganjuran Pesta Hoki Antarabangsa USM yang diadakan saban tahun?

Berbanding dengan beberapa persatuan hoki negeri yang lain,semua sumber informasi dapat dikongsikan melalui medium media sosial yang sedia ada,tetapi PSHA?

Dibawah adalah petikan sini kenyataan Presiden PSHA yang mengantikan Dauk Seri Dr Ibrahim Saad.


Belum nampak sebarang kesinambungan sukan hoki ini dari peringkat sekolah ke peringkat-peringkat seterusnya.

Kalau benar persatuan hoki serius dengan pembangunan akar umbi,maka kejohanan liga perlu diadakan dalam peringkat negeri ini sendiri untuk mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan sama ada untuk pasukan negeri mahupun pasukan kebangsaan.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998