PERLAWANAN TAHUNAN OFA vs PFS

by - Monday, August 11, 2014

Semalam telah berlangsung perlawanan tahunan antara pasukan OFA menentang pasukan Penang Free School. Pertandingan tradisi yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk memberi peluang kepada bekas-bekas pemain PFS yang kini mewakili pasukan OFA mengimbau kembali kecermerlangan masing-masing dizaman persekolahan.

Semalam juga mencatatkan sejarah yang tersendiri,dimana hampir keseluruhan ahli OFA turun bermain. Malah Izwan Firdaus juga turun bermain bersama pasukan OFA. Ada pemain OFA yang sanggup meredah perjalanan yang jauh semata-mata untuk bermain bersama rakan-rakan yang lain pada petang semalam.

Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan OFA dengan jaringan 4 berbalsa 3. Pasukan PFS juga memberikan persembahan terbaik mereka untuk mengekang idola mereka Izwan Firdaus dari merobek gawang gol.

Dan seperti tahun-tahun yang lepas,aktiviti bergambar merupakan aturcara penting bila melibatkan perlawanan tahunan ini.

OFA bersama pasukan PFS



Demam selfie juga melanda pasukan,keluar saja monopod kayu hoki dilupakan buat seketika.

Apa pun syabas kepada pasukan OFA kerana masih lagi menjuarai piala pusingan kejohanan tahunan ini

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998