HOKI TURUN TARAF

by - Thursday, August 14, 2014

Aksi hambar pada dua kejohanan utama, Piala Dunia dan Sukan Komanwel menyebabkan skuad hoki negara ‘turun taraf’ apabila diletakkan dalam Kategori B untuk temasya Sukan Asia yang bakal berlangsung di Incheon, Korea Selatan, bulan depan.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, belum pernah dalam sejarah, skuad hoki diletakkan dalam kategori itu yang menyaksikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai segala kos di Incheon. 




“Sebelum ini, termasuk Sukan Asia 2010, skuad hoki sentiasa diletakkan dalam Kategori A dengan segala kos ditanggung MOM. 

“Tapi kerana prestasi hambar sejak kebelakangan ini termasuk di Sukan Komanwel menyebabkan kami mengambil keputusan meletakkan mereka dalam Kategori B,” katanya.


Bagaimanapun Kok Chi berkata, hoki tetap memberi harapan kepada kontinjen negara kerana Malaysia sentiasa berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik di Asia.


“Taraf hoki di Asia agak tinggi dan peluang kita meraih pingat juga cerah. 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998