DHARMA WAJAR DIPECAT

by - Friday, August 01, 2014

Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah baharu saja memadam akaun Facebooknya, dan kini Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mungkin akan mengambil tindakan sama `memadam’ dirinya sebelum temasya Sukan Asia Incheon, September ini.

Dhaarma Raj sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memuat naik kenyataan menyifatkan pengurusan MHC ‘sangat lemah’ dan tidak seharusnya menguruskan badan hoki itu seperti orang yang berada di dalam gua. 



Tindakan beraninya itu menyaksikan dia dipanggil bagi menghantar surat penjelasan kepada persatuan berkenaan sebelum ke Sukan Komanwel selepas dianggap mengkritik badan induk itu secara terbuka di akaun laman sosial Facebook miliknya. Atas alasan itu, Timbalan Presiden Kanan MHC, Manjid Majid Abdullah tampil menegaskan, Dhaarma Raj dan staf kejurulatihan beliau wajar dipecat ketika persiapan ke Sukan Asia hanya berbaki kurang dari 50 hari. 

Malah, beliau beranggapan susulan kekalahan memalukan 4-2 kepada Trinidad & Tobago, selain England 8-1 dan New Zealand 6-1 pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan Komanwel, menguatkan lagi alasan Dhaarma Raj perlu dipecat.

“Saya akan memberi laporan penuh pada mesyuarat gabungan kejurulatihan, dan terserah kepada mereka untuk menyokong ataupun tidak usul saya ini,” kata Manjid ketika dihubungi semalam.

Sebelum ke Piala Dunia, 10 pemain senior tampil membuat perjumpaan tertutup bersama Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meminta ketua jurulatih itu diketepikan dari terus membimbing pasukan kebangsaan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998