DHAARMA ENGGAN BERGADUH

by - Wednesday, August 06, 2014

“Saya tak nak lagi bergaduh dengan dia. Saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka yang lebih pandai dalam MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) untuk buat keputusan.”

Demikian nada tenang Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang enggan terlalu memikirkan kontroversi mengenai cadangan untuk memecatnya selaku ketua jurulatih skuad hoki negara seperti dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Majid Manjit Abdullah baru-baru ini. 



Kenyataan Majid itu hadir selepas menyaksikan skuad negara bimbingan Dhaarma mempamer aksi hambar pada temasya Sukan Komanwel yang berakhir kelmarin. 

Dhaarma yang baru pulang ke tanah air semalam bersama barisan pemainnya percaya, barisan pengurusan MHC yang lain memahami situasi yang berlaku ketika ini dan tidak terburu-buru meletakkan kesalahan di bahunya saja.

“Saya percaya MHC mempunyai orang yang tahu apa yang sedang berlaku. Mereka akan faham,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998