CIPTA SEJARAH MEMALUKAN

by - Friday, August 01, 2014

"Pasukan hoki kita telah mencipta sejarah" kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang meluahkan kekecewaan berhubung prestasi anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah pada Sukan Komanwel, terutama kekalahan kepada pasukan tidak ternama Trinidad & Tobago.

Beliau jelas tidak dapat me­nerima kekalahan kepada pasukan yang berada di ranking ke-29 dunia itu.

"Saya boleh katakan pasukan hoki kita telah mencipta sejarah apabila tewas kepada pasukan yang sebelum ini kita tidak ketahui ranking.

"Kalau bercakap pasal Trinidad & Tobago ini, mereka terkenal dengan pelari-pelari pecut mereka. Kekalahan itu amat mengecewakan kita (MSN) dan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya dapat makluman, banyak respon yang melahirkan kebimbangan mereka terhadap skuad hoki dalam menghadapi Sukan Asia nanti kerana keutamaan kita ialah untuk memenangi Sukan Asia bagi melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.


Dalam perlawanan itu, skuad yang dibimbing oleh Muhammad Dharma ketinggalan 3-0 ketika permainan separuh masa pertama permainan baru berlangsung separuh jalan. Mereka kemudian menamatkan babak pertama dengan 4-1 dan skuad negara menambah satu lagi gol pada penghujung babak kedua.

Permainan skuad negara seolah-olah tiada perancangan dan pemain-pemain di semua posisi se­perti hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain menghalang asakan pemain lawan.

Zolkples berkata, banyak perkara juga perlu diperhalusi dalam persediaan menghadapi temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan.

Menurutnya beliau juga telah memaklumkan kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya langkah drastik diambil bagi mempersiapkan pasukan negara untuk menghadapi Sukan Asia.

"Saya melahirkan pendapat saya bahawa jika skuad hoki terus dengan apa yang ada sekarang, saya rasa kita akan dapat keputusan yang sama (di Sukan Asia).

"Tuanku juga sememangnya bimbang dengan prestasi skuad hoki kita di sini," katanya.

Zolkples berkata, selepas ber­akhirnya Sukan Komanwel Glasgow, MSN akan mengadakan perbincangan dengan MHC bagi mencari jalan untuk meningkatkan prestasi skuad negara.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998