BANGKIT ATAU LUPAKAN SUKAN ASIA

by - Tuesday, August 12, 2014

Bangkit semula atau lupakan Sukan Asia! 

Itu amaran keras Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemain hoki negara sekali gus membayangkan sedia membuat keputusan drastik tidak menghantar pasukan ke Incheon, Korea Selatan bulan depan. 


Namun, katanya, tindakan itu hanya akan dibuat sekiranya pemain berterusan gagal menunjukkan komitmen serta disiplin yang tinggi sepanjang persiapan ke temasya terbesar Asia itu. 


“Pemain perlu bangkit dan tunjuk sikap positif,” katanya selepas mesyuarat tergempar MHC, semalam. “Banyak faktor membawa kepada terjadinya hal ini (prestasi buruk dan konflik dalaman pasukan), kena tanya jurulatih dan pemain sendiri. 

Sikap berpuak-puak 

“Jika, pemain kekal bersikap tidak positif dan sambil lewa ada kemungkinan kita tidak akan hantar pasukan, saya sedia membuat keputusan drastik ini walaupun ia bukan keputusan yang popular.” 

Difahamkan, pergolakan yang melanda skuad negara ini bukan saja berpunca daripada sikap berpuak-puak dalam pasukan, malah berikutan masalah disiplin sebilangan kecil pemain sepanjang sesi latihan hingga menjadi faktor prestasi hambar mereka di Piala Dunia The Hague dan Sukan Komanwel Glasgow, baru-baru ini. 
Andai benar, mungkin ini antara sebab mengapa MHC sepakat ‘merehatkan’ Dhaarma ekoran kegagalannya mengawal keharmonian pasukan dan perlunya ‘nafas baharu’ untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku. 

“Kami buat keputusan ini atas merit. Banyak andaian dinyatakan. Ini tidak mencerminkan satu petanda positif kepada hoki,” kata Tengku Abdullah yang memberitahu perkara itu juga turut dipersetujui oleh Jawatankuasa Penilaian MHC diketuai Datuk R Yogeswaran.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998