ARUL TENANG TERIMA CABARAN

by - Tuesday, August 12, 2014

“Saya tidak berasa tertekan dan peluang untuk menang pingat emas masih cerah.”

Demikian keyakinan disuarakan Arul Selvaraj yang mengaku tidak berasa tertekan selepas dilantik ketua jurulatih sementara skuad hoki negara menggantikan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah seperti diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam.



Meskipun temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bakal berlangsung 38 hari daripada sekarang, Arul berkata, tempoh itu cukup untuknya membentuk semula pasukan.

“Perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah meningkatkan kembali semangat setiap pemain untuk bermain.



“Hampir kebanyakan pemain negara yang ada sekarang pernah berada di bawah bimbingan saya ketika bersama (Paul) Revington dulu.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998