APA MUSLIHAT MANJIT?

by - Friday, August 08, 2014

 Tindakan terburu-buru Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Manjit Majid Abdullah yang mahu mengemukakan usul untuk memecat Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang dalam badan induk itu sendiri.

Naib Presiden MHC itu dilihat umpama ‘tidak sabar’ untuk memecat Dhaarma sebelum bermulanya temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bulan depan seperti dilapor akhbar semalam meskipun temasya itu akan berlangsung tidak lama lagi.




Bukan memihak kepada pengendali berusia 45 tahun itu, tetapi sumber dalaman MHC hairan dengan tindak tanduk Manjit yang mengeluarkan pendapat terbaru Dhaarma lebih layak kembali membimbing skuad remaja.

“Apa agenda dia sebenarnya? Dia tahu tak yang dia tak boleh buat keputusan sendiri?

“Apa hak dia suka-suka nak pecat orang lain?” soal sumber itu.


Sumber itu juga mempertikaikan tindakan Manjit ketika skuad negara tidak mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea bulan depan.

“Adakah dengan tindakan menukar jurulatih akan menjamin pingat emas untuk skuad negara di Sukan Asia?

“Sekarang dia bagi pendapat Dhaarma lebih layak bimbing skuad remaja,” katanya.
Jelas sumber itu, Dhaarma secara terbuka sudah menyatakan akan berundur selepas Sukan Asia dan untuk itu, wajar ruang diberikan kepadanya.

“Dhaarma sanggup gadaikan masa depannya untuk Sukan Asia. Berilah peluang kepadanya,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998