APA DAH JADI DENGAN HOKI MALAYSIA

by - Friday, August 08, 2014

Apa yang sebenarnya telah terjadi pada pasukan Hoki Malaysia nih. Sejak dari CC1 di Kuantan kemudiannya The Haque masa world cup hari tu sehingga lah ke Glasgow yang lepas, pasukan Malaysia menjadi pasukan belasahan.

Bagi aku sejak dari CC1 hari tuh dah nampak ada unsur-unsur yang tidak sihat pada pasukan Malaysia nih. Unsur-unsur yang datangnya dari semua sudut dari MHC,Coach dan jugak players tu sendiri. Memang kita dapat lihat macamana tahap permainan yang ditunjukkan.


Kemudiannya di world cup,mendapat tempat terakhir sekali tanpa sebarang kemenangan. Ditambah pula dengan isu elaun pemain. Lepas tu Glasgow dimana telah mencipta sejarah kalah kepada pasukan T&T.

Dan sekarang nih bermula perang media antara coach dengan orang-orang MHC.

Tapi memandangkan target utama sekarang ialah untuk menang Sukan Asia,aku tak mau la komen bebanyak sangat, walaupun setengah isu dan masalah ada yang aku tahu dari mulut orang yang terlibat secara langsung dalam pasukan Malaysia.

Apa yang aku tahu biarlah aku pendam dulu,kita tunggu dan lihat pencapaian Malaysia di Sukan Asia.

Kalau gagal jugak mencapai sasaran yang diletakkan sendiri, seharusnya keseluruhan pegawai dari atas ke bawah dalam MHC, jurulatih dan juga para pemain harus digugurkan dan dibubarkan.

Tapi seperti yang aku katakan,kita tunggu selesainya Sukan Asia dahulu...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998