ZAMAN SUDAH BERUBAH

by - Wednesday, July 23, 2014

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) diharap lebih profesional menguruskan pasukan kebangsaan terutama dalam soal pemberian imbuhan dan tidak hanya terus kekal mengamalkan layanan lapuk terhadap setiap pemain.

Bekas kapten skuad negara Mohamad Abdul Hadi berkata, sudah tiba masanya untuk badan induk itu mencontohi beberapa pengurusan persatuan hoki di luar negara yang jauh lebih baik dalam soal pengurusan.


“Soal pengurusan profesional ini sebenarnya isu lapuk. Cuma orang yang menguruskan MHC saja seolah-olah tidak sedar mengenainya.




“Kalau pemain beraksi di Piala Dunia hanya diberikan imbuhan sedikit, apa lagi yang boleh saya katakan.


“Situasi ini menggambarkan seolah-olah MHC tidak pernah berubah seperti zaman saya bermain dulu.


“Tapi dulu kami semua tak kisah pasal duit. Sekarang MHC tidak boleh layan pemain seperti ketika zaman kami kerana wang sebahagian daripada keperluan hidup sekarang,” katanya mengulas isu pemberian duit poket RM500 yang diberikan kepada setiap pemain negara pada kempen Piala Dunia di The Hague, Belanda dua bulan lalu seperti dilaporkan Arena Metro baru-baru ini.

Sambil mengambil contoh India, Mohamad berkata, negara itu sejak zamannya beraksi sebagai pemain sudah menerapkan pengurusan profesional dengan memberikan imbuhan berpatutan kepada pemainnya.


“Itu India, belum lagi negara lain yang kita tidak tahu,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998