ZAMAN PECAH KACA DAH PUPUS

by - Thursday, July 24, 2014

Teknologi memang telah menelan habis tradisi menjelang hari raya, malah bukan saja Aidilfitri bahkan Tahun Baru China,Deepavali malah Krimas pun sekali.

Kalau dulu salah satu persiapan raya yang boleh dilihat hampir kesemua rumah ialah kada-kad ucapan hari raya. Ada yang gantung didinding, ada yang letak kat atas meja dan kalau yang kreatif akan guna ranting atau pokok pas tu gantung kat raya.


Malah kelibat pakcik posmen akan sentiasa dinantikan,pakat berebut adik beradik nak ambil surat dengan harapan ada kad raya yang dikirimkan. Kalau sapa dapat paling banyak,paling besaq dialah akan menang.

Bermacam jenis kad yang ada dulu,dari sekecil sampul sehinggalah sebesar lcd 19" .Kalau yang bercouple dah tentu cari kad yang ada ayat berbunga-bunga,yang ada muzik. Ada juga kad yang ditujukan khas untuk mak,abah,adik,kakak,kengkawan dan bermacam lagi lah.

Tapi ini semua tinggal kenangan yang tak mungkin dapat diganti dan dapat dirasai oleh generasi sekarang yang serba canggih.

Zaman sekarang media sosial mengambil alih tradisi dan tak mustahil tradisi kunjung mengunjung juga akan hilang suatu hari nanti dan bakal digantikan dengan kunjungan video dari ruang tamu rumah memasing...

pecah kaca pecah gelas...
lepas baca harap balas...

pen merah pen biru
u marah i love u...

Antara bait-bait pantun yang kerap digunakan suatu ketika dulu

Apa pun aku berbangga kerana pernah melintasi dan merasai zaman-zaman tersebut



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998