YAMAHA MT-09

by - Saturday, July 05, 2014

HONG Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) meluaskan penglibatan dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan melalui pengenalan siri pertama keluarga Yamaha MT iaitu MT-09 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jentera dalam kategori naked itu merupakan model yang diimport sepenuhnya daripada Jepun ditawarkan pada harga asas tidak termasuk insurans sebanyak RM54,000 seunit. Kuasa menggerakkan motosikal itu datangnya daripada unit enjin tiga silinder sebaris bersesaran 850cc.

Ia merupakan sebuah jentera yang disasarkan kepada kelompok pengguna berpengalaman dalam dunia tunggangan tetapi inginkan sebuah motosikal untuk kegunaan harian dalam kawasan Bandar. Selain itu, Yamaha MT-09 juga menepati keperluan penunggang yang ingin menaik tarak motosikal kelas 600cc.

Pada majlis model berkenaan, Pengarah Urusan HLYM, Ng Choong Hai berkata, pihaknya berhadap dapat memasukkan model Yamaha MT-09 dalam program pemasangan tempatan (CKD) tidak lama lagi. Tindakan itu menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar Jepun melaksanakan produksi MT-09. Produk CKD pertama Yamaha MT-09 dijangka menemui pengguna tempatan pada suku pertama tahun 2015.

Model Yamaha MT-09 ditawarkan dengan pilihan warna ungu, jingga dan kelabu kusam.

Motosikal dengan kuantiti terhad itu (model import dari Jepun) bakal berada di bilik pameran pengedar motosikal kuasa tinggi Yamaha di seluruh negara mulai bulan hadapan. KOSMO








You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998