UJIAN SKUAD REMAJA

by - Friday, July 25, 2014

 Pengurus pasukan skuad remaja negara Mirnawan Nawawi menegaskan kejohanan Piala Sultan Johor dijadual berlangsung dari 12 hingga 19 Oktober akan menjadi ujian pertama skuad baru dibentuk itu sebelum berdepan saingan Piala Remaja Asia yang menawarkan tiket ke Piala Dunia Remaja 2016.

Selepas pembubaran skuad Projek 2013 yang membuahkan hasil apabila meraih kejayaan termasuk menamatkan saingan di tempat keempat Piala Dunia Remaja di New Delhi, India tahun lalu, kini tumpuan terarah kepada skuad bimbingan Arul Selvaraj untuk mengikuti langkah pasukan bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.


Baru saja memilih barisan pemainnya pada Mac lalu, Arul dijangka memanfaatkan sebaik-baiknya saingan Piala Sultan Johor untuk melihat kemampuan sebenar anak buahnya.



“Kami sedar pada dua daripada tiga edisi Piala Sultan Johor sebelum ini, skuad bimbingan Dhaarma meraih keputusan memberangsangkan dengan muncul juara serta naib juara.


“Tapi kami tidak mahu meletakkan tekanan terlalu awal kepada skuad yang baru saja dibentuk ini.


“Yang penting setiap pemain memanfaatkan peluang sebaik-baiknya dan dari situ, kami dapat menganalisis kemampuan setiap pemain,” katanya.

Selain skuad negara, lima lagi pasukan yang bakal beraksi pada edisi keempat Oktober ini juara bertahan, India, Pakistan, Britain, New Zealand dan Australia.


Pada edisi pertama tiga tahun lalu, skuad negara muncul juara tetapi gagal mempertahankan kejuaraan buat kali kedua sebelum muncul naib juara tahun lalu.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998