TIADA SASARAN PINGAT UNTUK HOKI

by - Thursday, July 10, 2014

Selepas kecewa gagal memenuhi sasaran 10 terbaik dan hanya menduduki tempat ke-12 kempen Piala Dunia bulan lalu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tampil lebih berhati-hati dengan tidak menetapkan pingat atau kedudukan untuk skuad lelaki dan wanita negara di Sukan Komanwel Glasgow bermula 23 Julai ini.

Dengan mempertaruhkan sebahagian besarnya muka baru kecuali empat tonggak senior iaitu Baljit Singh, S Selvaraju, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Muhammad Razie Abdul Rahim, selebihnya pemain remaja yang diketepikan dari skuad Piala Dunia tempoh hari.



Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Sukan Komanwel kali ini lebih kepada memberi pendedahan untuk pemain yang diketepikan sebelum ini bagi menunjukkan kebolehan masing-masing dan mencuri tempat dalam skuad Sukan Asia Incheon yang bakal memulakan latihan sebaik saja tamat saingan di Scotland itu.



Menurut Nur Azmi, walaupun tiada sasaran ditetapkan buat pasukan lelaki kebangsaan, pemain tetap dituntut mempersembahkan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.


“Enam belas pemain yang kami pilih untuk ke Komanwel yang terbaik dan kemungkinan mereka juga bakal beraksi di Incheon, Korea Selatan. “Itupun jika mereka mampu mengetepikan pemain senior lain yang direhatkan dari tugasan ini sebelum kembali menjalani latihan pusat menghadapi Sukan Asia September nanti.


“Sebab itulah, kami tidak meletakkan apa-apa sasaran pingat kerana matlamat utama merebut pingat emas Sukan Asia,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas di Pejabat MHC di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998