SAYA HANYA PERTAHAN KENYATAAN

by - Thursday, July 17, 2014

Ketua jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akan menghantar surat penjelasan kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), hari ini berhubung tindakannya mengkritik badan induk itu secara terbuka di akaun laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Dhaarma berkata, hari ini hari terakhir beliau perlu mengemukakan keterangan bertulis selepas MHC memberi tempoh tujuh hari untuknya menjawab tindakan yang dilakukannya itu.


“Memandangkan esok (hari ini) saya serta pasukan akan berangkat ke Scotland untuk Sukan Komanwel, saya perlu serahkan surat keterangan itu segera.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya hanya mahu mempertahankan kenyataan dikeluarkan itu.

“Namun saya juga berasa menyesal kerana bertindak sebegitu sebab tidak dapat mengawal perasaan ketika itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menerusi status Facebook miliknya, Dhaarma mendakwa pengurusan MHC sangat lemah dan badan induk itu tidak sepatutnya mentadbir seperti orang yang duduk di dalam gua atau di atas pokok.

Komen Dhaarma itu hadir selepas kritikan demi kritikan yang dilemparkan ke atas pasukannya yang menamatkan saingan di tempat ke-12 pada saingan Piala Dunia lalu.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998