SAMAN FITNAH ADAIK BERADIK OGOS INI

by - Monday, July 07, 2014

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 dan 7 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah dua bekas pemain hoki negara terhadap Malay Mail Sdn Bhd dan dua lagi berhubung kelakuan mereka yang diterbitkan dalam satu artikel, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Datuk R.S. Sodhi yang mewakili dua bekas pemain hoki itu, Kevinder Singh dan Harvinder Singh selaku plaintif, serta peguam S.J. Teh yang mewakili Malay Mail Sdn Bhd, Editor Malay Mail Sdn Bhd dan Editor Sukan akhbar itu Johnson Fernandez selaku defendan.
    
Sodhi ketika ditemui pemberita berkata pihak plaintif akan memanggil lima saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu dan mahkamah juga menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes.

    
Kevinder dan Harvinder, yang merupakan adik-beradik, memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mendakwa difitnah dalam satu artikel yang diterbitkan Malay Mail bertarikh 9 Okt 2012 berhubung kelakuan mereka.
    
Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa artikel itu membawa maksud mereka seorang yang pemabuk, melanggar undang-undang, kasar dan suka bergaduh dan menyebabkan masalah serta kekacauan dalam pasukan hoki Malaysia.
    
Mereka turut mendakwa perkataan dalam artikel itu merujuk kepada mereka kerana hanya plaintif yang merupakan adik-beradik Sikh dalam pasukan hoki Malaysia dan berada dalam penerbangan ke Sydney untuk menyertai Kejohanan Sikh Australia pada April 2012.
    
Kevinder dan Harvinder menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998