SALAH SATU SEBAB KENAPA PEMAIN MALAYSIA TIDAK DAPAT MENONJOL

by - Thursday, July 03, 2014

“Untuk melepaskan mereka berdua (Faizal dan Fitri) suatu perkara mustahil dan tidak akan berlaku!”

Itu maklum balas tegas pengurus kelab hoki Terengganu HT Mohd Saberi Salleh yang tetap tidak akan melepaskan adik beradik Mohd Faizal dan Mohd Fitri Saari bagi menyertai kelab divisyen satu Belanda yang bakal membuka tirai pada 24 Oktober ini.



Meskipun begitu, Saberi Salleh yang juga Setiausaha Agung Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu berkata, masih ada ruang perbincangan boleh dilakukan jika benar kelab Eropah itu bersungguh-sungguh mendapatkan khidmat pemain kelahiran Kelantan itu. 

“Kami mengambil mereka berdua untuk bermain bersama kami sejak tahun lalu dan pihak Terengganu HT melayan mereka secara profesional. Kami juga sudah membuat banyak pelaburan di samping turut membayar gaji penuh mengikut perjanjian.


“Pada dasarnya, kontrak Fitri dan abangnya sudah disambung dua tahun lagi awal tahun ini bersama kami dan jelas dalam perjanjian dengan kami, mereka tidak boleh pergi ke mana-mana atau mengadakan rundingan secara sendiri termasuklah kelab dari Belanda itu.


“Kami hingga ke hari ini tidak menerima sebarang permohonan daripada MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) atau kelab itu, jika betul mahukan mereka datanglah berjumpa kami secara profesional.

“Tapi rasanya mustahil untuk melepaskan mereka ketika ini, melainkan selepas kontrak mereka tamat pada penghujung 2015. Apapun, masih ada ruang perbincangan boleh dilakukan dengan syarat keputusan itu dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, kelab berpangkalan di Liga Belanda dilapor berminat mendapatkan sentuhan Faizal dan Fitri Saari selepas memperagakan aksi bertenaga sepanjang saingan Hoki Piala Dunia di The Hague Belanda, Mei lalu.

Malah, difahamkan kelab itu menawarkan kontrak semusim kepada Fitri dan abangnya, namun impian pemain berusia 21 tahun itu untuk berkelana di Eropah terpaksa dilupakan.

Dalam perkembangan sama, Saberi turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengkritik Terengganu HT apabila dikatakan kelab itu cuba menghalang pemain beraksi di luar negara.

“Sebenarnya itu bukan salah kami, sepatutnya mereka (MHC) perlu perbetulkan semula jadual liga tempatan supaya tidak bertembung dengan liga di luar negara.

“Liga Hoki Malaysia cuma berjalan selama dua bulan saja, jika mereka boleh merangka kembali jadual, saya rasa mana-mana pemain pun boleh bermain untuk kelab lain di luar negara asalkan jadual liga tidak bertembung,” katanya. - METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998