RIBUAN RINGGIT UNTUK DAPATKAN LESEN?

by - Tuesday, July 15, 2014

Ini yang khabarnya telah diwartakan pada 14 Julai 2014,kos untuk mengambil lesen memandu. Difahamkan ini berikutan dengan perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diiktiraf JPJ

KATANYA kos ini untuk mewujudkan kurikulum baru yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemegang lesen nanti. 3 elemen dinaiktaraf ialah kelas KPP, buku teks KPP dengan sukatan pelajaran baru dan format ujian berkomputer.



Dari satu sudut aku rasa pihak berkaitan cuba melahirkan generasi pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa serta yang faham dan patuh pada undang-undang jalan raya.

TAPI yang tak patutnya ialah KOS yang gila cadbury punya tinggi. Ini cuma kos penambahbaikan pembelajaran,lain lah kalau pelajar di pendedahan pembelajaran sebenar atas jalanraya atau highway.

Sedangkan kos sedia mampu sekarang nih pun masih ramai yang tidak berlesen apa tah lagi kalau kos yang macam ni.

Apa jaminan yang boleh diberikan oleh pihak yang menaikkan kos ini yang semua pemegang lesen nanti mahir dalam pemanduan,berdisiplin dijalanraya atau dapat mengelak dari berlakunya kemalangan??

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998