RAMAI NAK TARIK DIRI? DHARMA DAH MULA KENA FIKIR

by - Wednesday, July 16, 2014

Pengendali skuad hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tidak rela melepaskan penyerang prolifik, Faizal Saari di kala pasukan kebangsaan sedang mempersiapkan barisan mantap menjelang temasya Sukan Asia di Incheon, September depan. 

Dengan misi wajib membawa pulang emas dari bumi Korea Selatan itu bagi menjamin tiket ke Olimpik Rio 2016, dia mengharapkan sebuah pasukan terbaik mampu dibawa ke sana tanpa mengetepikan kelibat pemain pasukan Terengganu HT itu. 

Dia yang ditemui di perkarangan Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil semalam mengakui, tindakan peledak pemusnah, Faizal Saari mahu menarik diri kerana kemungkinan sudah hilang selera bermain hoki di peringkat tinggi. 

“Faizal boleh bersama pasukan tapi dengan syarat dia perlu kembali dalam keadaan prestasi terbaik dan sedia memberi komitmen 100 peratus kerana dia masih muda serta masih boleh memberi sumbangan. 

“Ini kerana dia pemain yang lengkap dan antara paling berbakat yang pernah dilahirkan negara. Sekiranya dia tetap dengan pendiriannya itu, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada usaha meraih emas di Sukan Asia,” katanya. 



Sepanjang seminggu ini, skuad hoki negara mengalami pelbagai konflik bermula dengan pengumuman kapten pasukan, Azlan Misron menarik diri daripada mewakili skuad negara dengan alasan tidak dapat lagi memberikan komitmen 100 peratus. 
Ahad lalu, Faizal pula mengikut jejak langkah sama dengan alasan dilaporkan tidak berpuas hati dengan agihan imbuhan yang diberikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). 

Penyerang berusia 23 tahun mendedahkan perkembangan berkenaan kepada kenalan rapatnya dengan memuat naik gambar surat persaraan ke dalam laman akaun Instagram miliknya sebelum memadamnya tidak selepas itu. 

Dan tambah mengeruhkan lagi keadaan, adiknya, Mohd Fitri Saari dan penyerang muda, Firhan Ashaari juga terpaksa menarik diri daripada membantu negara di temasya Sukan Komanwel Glascow, masing-masing atas faktor kepenatan dan kecederaan. 

Kekosongan tempat yang ditinggalkan mereka memaksa bekas jurulatih Kelab Hoki UniKL itu memanggil dua pemain skuad remaja negara sebelum ini, Noor Izzat Sumantri dan Muhammad Haziq Samsul bagi memperkuatkan cabaran pasukan. 

Dalam pada itu, Dhaarma Raj mengakui Malaysia tiada pilihan selain cuba meraih pingat emas pada Sukan Asia di Incheon bagi menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik 2016 Brazil.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998