R25 BAKAL BERADA DIMALAYSIA?

by - Friday, July 11, 2014

R25 bakal masuk Malaysia? Itulah yang diperkatakan oleh ramai facebooker yang meminati jentera keluaran Yamaha dan juga para peminat permotoran sekarang.

Selepas jiran kita dah dapat model nih,sekarang kita di Malaysia masih lagi ternanti-nanti bila agaknya ini akn menjadi satu realiti.




Kalau sebelum ini model R15 menjadi harapan tapi nampak gayanya ianya masih lagi tinggal harapan.

Dan dah berlegar-legar di fanpage dan group facebook beberapa keping gambar yang dirakamkan,menunjukkan R25 dah berada dibumi Malaysia.

Malah ramai yang sedang berkira-kira mengenai harga yang bakal ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Kalau di Indonesia dengan harga jutaan rupiah,mungkin di sini diharap berada sekitar dalam belasan ribu.

Dan pastinya kalau ini menjadi realiti, beberapa jenama dalam kategori 250 cc agak sukar untuk mendapat tempat dikalangan peminat motor.


Kalau yang berminat tuh,apa kata mula menabung dari sekarang,mana tahu kut-kut dalam masa terdekat nih dibuat perlancaran oleh HLYM.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998