PENCAPAIAN DIPIALA DUNIA DINILAI JAWATANKUASA MHC

by - Thursday, July 10, 2014

Satu jawatankuasa penilaian prestasi ditubuhkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi menilai pencapaian skuad hoki lelaki yang menduduki tangga tercorot pada Piala Dunia di The Hague, Belanda, dua bulan lalu.

Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, proses penilaian itu bagaimanapun satu proses biasa kepada mana-mana pasukan bagi menganalisis kesilapan dan kelemahan untuk diperbaiki bagi menghadapi kejohanan seterusnya.


Ketika sasaran terdekat mahu merebut slot automatik ke saingan Sukan Olimpik Rio 2016, anak didik Muhammad Dhaarma Raj Abdullah nyata tiada pilihan lain dengan misi utama harus membawa pulang pingat emas dari Sukan Asia di Incheon September ini.




“Saya ingin maklumkan, MHC sudah mewujudkan satu Jawatankuasa Penilaian Prestasi yang dilantik Presiden (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan dipengerusi Datuk R Yogeswaran.


“Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menganalisis keperluan pasukan menjelang Sukan Asia di Incheon. Walaupun pasukan negara hanya menamatkan aksi di tangga terakhir pada Piala Dunia, tapi kami perlu berlaku adil kepada pasukan kerana selepas 12 tahun, kami berjaya layak kembali ke kejohanan sebesar itu.


“Lebih penting, ramai pemain mula mendapat perhatian pasukan kelab di Eropah. Dengan adanya jawatankuasa ini, kami akan mengenal pasti sebarang kekurangan untuk diperbaiki bagi menghadapi Sukan Asia kerana kami mahu layak secara automatik ke Olimpik,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Lapan lagi ahli dalam jawatankuasa itu adalah Nur Azmi, Datuk Poon Fook Loke, Datuk Au Soon Koon, Rama Krishnan, M P Haridass, Datuk Seri Zolkples Embong, Datuk Dr Ramlan Aziz dan Ariffin Ghani.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998