NASIHIN BERPUAS HATI

by - Friday, July 25, 2014

Walaupun tewas 4-0 kepada Australia semalam, jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tetap berpuas hati dengan prestasi skuad kendaliannya yang dirumuskan semakin matang dan bukan lagi pasukan belasahan apabila mampu memberi tentangan kepada pasukan terkemuka dunia. 

“Secara keseluruhan skuad negara mempamerkan perlawanan yang sengit walaupun kalah 0-4. Saya lihat prestasi mereka lebih baik daripada empat tahun lepas di New Delhi, India, yang mana kita tewas 0-8 kepada Australia. 




“Pemain negara bukan lagi bermain secara bertahan tetapi mereka sudah boleh menembusi barisan pertahanan mereka,” katanya kepada pemberita. 


Mohd Nasihin berkata, dia berharap penyerang seperti Nurul Nabihah Mansur dan Rabiatul Adawiyah Mohamed perlu membuat perubahan taktikal permainan masing-masing untuk menghadapi pasukan tuan rumah, Scotland esok.

“Scotland juga pasukan yang hebat, mereka mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Saya berharap skuad negara dapat mengekalkan momentum aksi permainan seperti hari ini ataupun lebih baik lagi pada perlawanan seterusnya nanti,” katanya. 

Turut bersama Malaysia dalam Kumpulan B ialah England dan Wales.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998