MT 09 THE DARK SIDE OF JAPAN

by - Thursday, July 10, 2014

BARU-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan siri terbaharu motosikal berkuasa tinggi mereka - Yamaha MT-09.

Model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dikategorikan sebagai jentera naked menyertai Yamaha XJ6 yang telah sedia dalam pasaran.

Ketika majlis pelancaran, Pengarah Urusan HLYM, CH Ng menyatakan HLYM telah merangka pelaksanaan program pemasangan tempatan (CKD) model berkenaan tidak lama lagi dan berkemungkinan besar akan memasuki pasaran dalam suku tahun pertama tahun hadapan.

Langkah HLYM tersebut akan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang melaksanakan produksi MT-09 di luar Jepun.

Hadir dengan tagline ‘The Dark Side of Japan’, Yamaha MT-09 dikuasakan enjin tiga silinder sebaris yang mempunyai sesaran 847cc. Enjin tersebut mampu menyampaikan kuasa setinggi 115PS pada 10,000 rpm dan jumlah tork maksimum sebanyak 87.5 Nm pada 8,500 rpm.

Jentera kompak ini menggunakan bingkai aluminium serba baharu untuk mendapatkan jumlah berat badan yang rendah.

Rekaan keseluruhan casis dibina khas untuk menyediakan tahap prestasi pengendalian tangkas dan lebih tepat.

Jentera yang turut dikenali sebagai FZ-09 di Amerika Syarikat ini dipadankan dengan rim aloy ringan bersama tayar bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 180/55 ZR17 di bahagian belakang.

HLYM menawarkan MT-09 pada harga RM54,000 tidak termasuk insurans dalam tiga pilihan warna menarik - Deep Armor, Blazing Orange dan Matt Grey.SINAR

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998