MINGGU TRENDING HASHTAG dan AL FATIHAH

by - Friday, July 18, 2014

MINGGU TRENDING HASHTAG....dari awal minggu kita bermula dengan #gaza , #prayforgaza,#savegaza dan sebagainya.

Kemudian timbul pula video viral kemalangan di Kuantan maka keluarlah trending hashtag #cdm25, #steeringlock, #kikikerjakahwin dan bermacam lagi. Itu tak termasuk gambaq-gambaq yang kena edit pelbagai.


Semalam kes kemalangan tersebut dianggap selesai sepenuhnya bila Kiki dah memohon maaf dan kemudiannya dia ditahan oleh pihak PDRM.

Reda sikit dan mungkin akan lenyap terus kes Kiki dan Uncle Sim, timbul kejab viral yang Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia tapi disahkan palsu, dalam pada masa yang sama kita dikejutkan dengan berita MH17 yang dikatakan ditembak di Ukraine.

Maka bermulalah trending baru #prayforMH17, #MH17 dan macam-macam lagilah.

Memang kejadian pesawat MAS ditembak mengejutkan ramai pihak,kerana kita masih lagi ber hashtag #prayforMH370, tapi apa guna kalau trending kita tertinggi sekali pun dalam dunia dan tak mampu dipecahkan oleh sesiapa kalau nyawa mangsa dalam pesawat MH17 tidak dapat dikembalikan.

Kehilangan ahli keluarga tak dapat kita gantikan. Jadi sambil-sambil kita ber hashtag,apa kata kita sedekah Al Fatihah untuk mangsa tragedi MH71.

Moga pihak yang bertanggungjawap menembak MH71 dibawa ke muka pengadilan...

Al fatihah

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998