LARANGAN 3 PETANG

by - Friday, July 18, 2014

Laki bini terjun sungai pasal meniaga makanan sebelum pukul 3 petang, itu yang terjadi kat Tupah,Kedah.

Sesekali terpikiaq jugak la,pasal apa bila "MELAYU' berniaga dibulan Ramadhan sebelum pukul 3 petang dianggap tidak menghormati kesucian Ramadhan!!

Adakah kerana Melayu itu Islam? Bagaimana pulak dengan restoran mamak? Contohnya Pelita Nasik Kandaq walaupun halal tapi bukan Islam,so boleh berniaga 24 jam tu tak termasuk lagi yang home delivery.

Atau macamana pulak fast food yang lain macam McDonald,KF,Pizza Hut dan yang lelain tuh siap ada drive thru lagi tak pulak disuruh mula berniaga lepas pukul 3 petang.

Jugak petrol station, kedai runcit dan jugak hypermarket tak pulak diberi arahan untuk mulakan perniagaan lepas pukul 3 petang.



Kalau Melayu jual makanan sebelum pukul 3 petang dikira tidak menghormati bulan yang mulia nih, semua pihak berwajib patut juga beri arahan yang sama kepada tempat-tempat yang aku mention tadi SEBABNYA kat tempat-tempat tuh pun jual makanan yang diiktiraf halal oleh Jakim.

Atau mungkin keuntungan para peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang nih tidak mendatangkan cukai kepada pihak kerajaan macam tempat-tempat tadi? 

Jadi terpaksalah denda atau saman...tak gitu


Aku bukanlah cerdik pandai agama,bukan jugak hafiz al quran tapi cuma nak cari logik dari peraturan yang sedia ada macam nih kerana bagi aku cuma menindas peniaga mencari rezeki....



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998