LAMAN SESAWANG MHC @hockeymalaysia BERSAWANG

by - Monday, July 07, 2014

Sedih yang teramat sedih bila melawat laman web rasmi MHC tidak dikemaskini. Artikel yang terakhir yang dimuat naik pada laman web ni ialah pada 6 Januari 2014, itu pun admin copy paste dari artikel berita The Star.

Malah disudut sebelah kanan,CURRENT EVENT pun memaparkan kejohanan Bawah 14 yang berlangsung pada tahun lepas.

Tiada sebarang artikel atau berita mengenai pasukan Malaysia dikejohanan CC1 mahupun Piala Dunia yang lepas.

Statement dari Presiden MHC pun bertarikh 18 Oct 2010,malah semua event yang berkaitan dengan hoki dan pasukan kebangsaan berkisar pada tahun 2013.




Nama senarai pemain kebangsaan pun dikemaskini setakat 14 May 2013, yang mana mendiang Chua Boon Huat juga masih tersenarai sebagai pemain.

Dan yang paling menyedihkan sedikit pun tiada berita atau penghargaan kepada Al Marhum Sultan Azlan Shah,yang mana MHC gelarkan sebagai Bapa Hoki Malaysia.


Dibahagian galeri cuma dimuatnaik gambar-gambar pada tahun 2012.

Memang malang bagi para peminat hoki Malaysia untuk mendapatkan info terkini dan yang dipercayai dari sumber laman web rasmi kalau ianya bersawang sebegini.

Mungkin pihak MHC patut mencontohi laman web Hockey Australia yang sentiasa update dengan info terbaru baik didalam mahupun diluar negara

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998