KERANA VIDEO PERIUK NASI BINASA

by - Wednesday, July 16, 2014

Steering lock ni kalau ikutkan tak seglamer mana pun sebelum nih, tapi disebabkan satu video yang tengah hot trending di media sosial lah nih baik di facebook,twitter,instagram mahupun whatsapp dan wechat maka dengan sekelip mata saja dia menjadi ikon.

Kenapa pulak kerana video,periuk nasi binasa?

Aku malas nak up video tuh dan gambaq-gambaq yang berkaitan pasal rasanya dah bersepah di merata tempat. 

Si gadis mempunyai reputasi dalam bidang yang dia ceburi, tapi bila dah jadi sebegini sampai segala butiran peribadi dah keluar sana-sini dah sah-sah lah punca rezeki tu sikit terjejas.

Lagi pun benda nih pada zaman sekarang bukan setakat dalam kampung saja boleh tengok,sedangkan video tok moh kat KLIA hari tuh pun mat salleh boleh buat parodi.

Apa pun benda dah jadi,kalau dia ada maruah diri lagi,jumpa je uncle tuh minta maaf pasal tak dapat kawal diri tempoh hari.

p/s: cuma aku heran gak la bila kena kat orang sendiri cepat pulak hangpa semua cari, tapi bila orang lain buat kat orang sendiri tak pulak hangpa cari sampai ke saiz coli

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998