KE EROPAH,MHC SEDIA BINCANG

by - Friday, July 04, 2014

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) belum membuat sebarang keputusan berhubung dengan isu keengganan pasukan Terengganu HT (THT) melepaskan pemain adik-beradik Faizal dan Fitri Saari beraksi di Eropah. 

Mengesahkan perkembangan itu, Setiausaha Agung MHC, Datuk Mohd Johari Abdul Aziz (gambar) berkata, pihaknya tidak dapat memberi sebarang jawapan kerana sehingga kini belum ada tawaran rasmi diterima daripada mana-mana pasukan di Eropah membabitkan dua pemain berkenaan. 


Kami belum dapat kepastian mengenai tawaran yang dikatakan dari kelab Eropah itu. Sekiranya ada hitam putih, kami sedia bertindak mengadakan perbincangan dengan THT, katanya di sini, semalam. 

Rencatkan harapan 

Semalam, BH Sukan membuat pendedahan berhubung keengganan pengurus pasukan THT, Mohd Saberi Salleh memberi pelepasan kepada Faizal dan Fitri untuk beraksi di Eropah, sekali gus merencatkan harapan mereka. 

Difahamkan kelab terbabit berminat mendapatkan mereka itu, selepas melihat kedua-duanya beraksi ketika mewakili negara dalam saingan Piala Dunia di The Hague, pada bulan lalu. 

Fitri yang juga bekas kapten skuad remaja Piala Dunia di India tahun lalu, dikatakan berada dalam dilema untuk menerima pelawaan kelab dari Belanda itu kerana dia dan abangnya itu masih mempunyai kontrak dengan THT disamping sudah menerima gaji penuh selama semusim.BH

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998