KALAULAH SEKEPING GAMBAR RM5

by - Wednesday, July 23, 2014

Yang nih nasihat dari pihak Polis semperna nak raya dan Ops Sikap. Tapi rakyat Malaysia ni kalau setakat nasihat macam nih bukan nak dengaq sangat pun.

Ye lah kalau tak tak kan ada berjuta saman tertunggak. lagi pun mentaliti pemandu kat Malaysia selagi tak nampak Polis selagi tuh lah jalan dia yang punya.

Cuba bayangkan kalaulah pihak polis menawarkan ganjaran RM5 sekeping untuk setiap gambar kesalahan kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan nih...agak-agak ada yang berani nak guna tak?

Kan sekarang nih zaman dah serba maju,serba canggih...budak sekolah pun dah ada smartphone so pakat-pakat snap pastu hantaq kat PDRM,sekeping RM5 rasanya depa berani buat tak?

Dan kalau lah RM5 sekeping, tak payah nak tunggu tepi highway,kat jalan dalam town pun bersepah orang buat.

Dan kalau lah betul...aku sanggup ambil half day setiap hari,tunggu kat Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Jaya ja kompem masyukkkkkkknya

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998