DUCATI MONSTER 1200 BERMULA RM106888

by - Thursday, July 10, 2014

DUCATI Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) mengekalkan momentum pada suku kedua 2014 dengan melancarkan varian baharu yang berorientasikan prestasi tinggi – Monster 1200 di Monkey Garage Café, Bangsar.

Pengenalan model itu membuktikan komitmen Ducati Malaysia terhadap trend pasaran motosikal dalam negara yang kian berkembang baik.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden NAZA Two Wheels & Four Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, CW Juan.

“Kami berharap pengenalan Monster 1200 baharu dapat mengukuhkan ikatan di antara peminat dan pemilik Ducati di Malaysia. Model ini turut diharapkan mampu mengukuhkan jenama Ducati di sini.

Kami komited untuk membawa model yang lebih menarik pada masa akan datang dan sentiasa memastikan tahap kepuasan pelanggan akan dipertingkatkan daripada masa ke masa,” kata Nik Danial.

Jentera naked berprestasi tinggi tersebut gah dengan bingkai trellis dan 1198cc Testastretta 11° Dual Spark yang mempunyai kuasa setinggi 135 hp pada 8,750 rpm dan jumlah tork sebanyak 118Nm pada 7,250 rpm.

Model Monster 1200 baharu boleh didapati pada harga RM106,888 dan varian tertinggi Monster 1200S boleh dimiliki pada harga RM119,888 tanpa insurans dan kos pendaftaran. Next Bike Sdn Bhd mensasarkan jualan sebanyak 120 unit berakhir pada tahun ini.

Rentetan daripada pengenalan Monster 1200, Next Bike Sdn Bhd sekali lagi akan melancarkan varian tambahan kepada barisan model Monster – Ducati Monster 821 dan supersports Panigale 899 versi CKD Thailand.

Monter 821 dikatakan memiliki beberapa perkongsian bahagian utama seperti casis, tangki minyak, pelana dan sistem ekzos berkembar. Enjin 821cc yang digunakan pula adalah sama seperti yang digunakan Ducati Hyperstrada dan Hypermotard.

Manakala, jentera supersports Panigale CKD khabarnya akan dijual pada harga RM89,000. SINAR

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998