DEMAK SKYLINE

by - Saturday, July 05, 2014

DEMAK mungkin tidak sebegitu popular bagi sesetangah rakyat Malaysia, kerana keluaran Demak sebelum ini seakan photocopy keluaran-keluaran motosikal jenama lain yang sedia ada diMalaysia sebelum ini.

Tapi kini Demak dah selangkah ke depan dengan mengeluarkan model-model kuasa pertengahan yang seakan "superbike" dengan harga yang mampu milik.

Kalau sebelum ini model Demak DZM 200,kini dah pun keluar Demak Skyline 200. Berbanding dengan DZM, Skyline kini nampak lebih ranggi dengan sekali imbas kita pasti mengatakan ianya dari keluarga Z keluaran Kawasaki.

Terima Kasih Demak kerana keluaran model sebegini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka yang kurang berkeupayaan untuk membeli jenama terkenal dengan harga puluhan ribu. Ye DEMAK SKYLINE cuma dibawah lingkungan RM10000.00 sahaja.




image from googleimage

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998