CUMA INI SAJA YANG AKU IDAMKAN

by - Tuesday, July 01, 2014

Salamz...

Ramadhan bakal masuk ke malam yang ke 4 sebaik saja kita selesai berbuka petang nanti.
Timeline dan newsfees kat media sosial aku juga buat masa sekarang boleh dikatakan kurang sangat gambar-gambar makanan,gambar pasar ramadan atau gambar berbuka ditempat-tempat ekslusif, mungkin awal lagi kut siapa tau.

Aku pun macam hangpa jugak, bila time ramadan ada juga menu kegemaran aku,tapi menu aku tak la susah sangat nak dapat dan bukannya muncul setahun sekali.

Cuma yang wajib untuk aku setiap kali ramadhan ialah popia basah kat bazar ramadan Hospital Penang, Nasi briayani yang dijual di bazar ramadan Seberang Jaya dan ayam golek kat bazar ramadhan Bandar Perda...itu saja.

Kalau nak ikut menu-menu nih tiap hari boleh kita dapat kecuali ayam golek,susah sikit nak jumpa kalau hari biasa. Mungkin disebabkan puasa kut makanan nih rasa sedikit lazat dari biasa.



Seingat aku,popia basah kat Hospital setiap tahun naik sekupang, harga ramadan tahun lepas RM0.80 sebijik,mungkin akan sama atau mungkin akan naik sekupang lagi
Cuma harapan aku harga makanan nih depa boleh maintain macam biasa.

Setakat hari nih aku belum lagi sempat nak merasa kelazatan menu-menu kegemaran aku dibualan puasa ini.

In Sha Allah sebelum ramadan berakhir,aku yakin akan dapat menikmati semua nih unutk dijadikan juada berbuka.



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998