BURU EMAS

by - Friday, July 25, 2014

Skuad hoki negara perlu memberikan lebih daripada segala-galanya andai mahu memenangi pingat emas Sukan Asia di Incheon sekali gus layak automatik ke Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Bekas pemain negara Mohamad Abdul Hadi berkata, meskipun situasi semasa tidak begitu meyakinkan skuad negara mampu memenangi pingat emas dengan mudah, beliau tetap yakin dengan kemampuan anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.



“Susah untuk bayangkan peluang skuad negara sebab Sukan Asia sememangnya bukan mudah.



“India dan Korea antara pasukan pilihan dan mereka juga beraksi di Piala Dunia. Pakistan pasti beraksi habis-habisan selepas gagal layak ke Piala Dunia,” katanya.


Mohamad berkata, skuad negara juga tidak boleh memandang mudah pasukan lain yang mungkin mampu melakar kejutan.


“Paling membimbangkan saya Jepun dan China. Kedua-dua pasukan boleh cipta kejutan kalau kita tidak hati-hati,” katanya.

Meskipun sering mengkritik skuad negara, Mohamad tidak menafikan beliau juga mahu menyaksikan Malaysia layak ke pentas Olimpik sekali gus menamatkan kemarau sejak membuat penampilan terakhir pada tahun 2000.


“Kadang-kadang kita perlu realistik menetapkan sasaran. Saya tidak kata skuad negara tidak boleh layak ke Sukan Olimpik.

“Tapi andai semuanya berjalan lancar termasuk motivasi pemain tinggi, tidak mustahil kita menang pingat emas Sukan Asia,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998