BIAR BERKELANA DI EROPAH JANGAN SEKADAR JAGUH KAMPUNG @hockeymalaysia

by - Friday, July 04, 2014

Sehari dua nih isu pemain adik beradik Faizal dan Fitri berlegar di media massa. memang tidak dapat dinafikan lagi pasangan adik beradik ni merupakan asset kepada Persatuan Hoki Negeri Terengganu.


Malah kedua-dua pemain ini juga merupakan asset kepada pasukan hoki Malaysia dan juga kepada kelab yang bakal diwakili dalam Liga Hoki Kebangsaan yang bakal berlangsung.

Tapi sampai bila untuk kita jadikan pemain-pemain yang berkualiti ini sebagai asset untuk menjadi jaguh kampung. Biarlah pemain ini berkelana di Eropah yang umum kita tahu mempunyai liga yang berkualiti.


Terengganu sebagai majikan mungkin mahukan khidmat dua beradik nih untuk kekal menjadi pasukan yang digeruni dan ditakuti lawan dalam kancah hoki kebangsaan.

Bagi aku yang bergelar pemain dan pernah bersembang isu sebegini dengan seorang pemain yang masih lagi dengan pasukan hoki kebangsaan, pemain-pemain yang bermain dengan pasukan negara sepatutnya tidak dibenarkan langsung untuk bermain dalam sebarang kejohanan yang diadakan pada peringkat kebangsaan.

Sebaliknya pemain dalam skuad kebangsaan dihantar untuk bermain dan menimba ilmu di liga-liga luar negara. Biarlah kejohanan kebangsaan seperti Piala Razak atau pun liga hoki kebangsaan diguna oleh para jurulatih untuk memberi pendedahan kepada muka-muka baru sebagai pelapis yang boleh diketengahkan ke dalam skuad kebangsaan.

Jadi dengan pengalaman yang dikutip oleh para pemain diliga luar dapat sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada corak permainan pasukan tidak kiralah di Eropah mahupun di Asia. 

Ini juga dapat memastikan yang kita mampu untuk bersaing dengan pasukan luar dan bukan sekadar menjadi pasukan yang sekadar bertanding tetapi menjadi belasahan pihak lawan.

Sudah tiba masanya untuk kita menjadi juara ditempat orang dan bukan sekadar menjadi juara ditempat dan medan pertempuran tempat sendiri.
 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998