AZAM KEVIN LIM DI GLASGOW

by - Friday, July 11, 2014

Benteng pertahanan pasukan hoki kebangsaan dijangka lebih kukuh berbanding Piala Dunia berikutan kehadiran pemain berbakat dari Jerman, Kevin Lim dalam skuad Sukan Komanwel Glasgow pada 23 Julai hingga 3 Ogos ini.

Kevin, 28, yang akan bergandingan dengan kapten baru Speedy Tigers Muhammad Razie Abdul Rahim di posisi pertahanan tengah, berazam membantu skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas diaib dalam kempen Piala Dunia yang menyaksikan Malaysia menamatkan kedudukan tercorot di Belanda bulan lalu.



“Saya menonton semua aksi Malaysia di Piala Dunia tempoh hari. Bagi saya, pasukan kita juga bagus, cuma kekurangan pengalaman di pentas dunia membataskan pergerakan pemain apabila setiap gerakan mudah dibaca dan dipatahkan lawan.



“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi di kejohanan besar dan peluang diberikan jurulatih tidak akan saya sia-siakan apatah lagi ini impian saya untuk berbakti kepada tanah air sendiri,” katanya pada sesi latihan pasukan kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.


Pemain berdarah kacukan memiliki pengalaman luas dan pernah mewakili Kelab Hoki Berlin (BHC) selama sembilan tahun selain membuat 30 penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman sejak 2005.


Aksi pertama Kevin bersama Jerman di peringkat antarabangsa ketika kejohanan jemputan empat negara di Nuremburg, pada 2005 dan kali terakhir, Piala Emas Punjab 2009 di Chandigarh, India.

Anak buah Dhaarma Raj diundi dalam Kumpulan B Sukan Komanwel yang turut disertai New Zealand, Kanada, Trinidad & Tobago serta England.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998